Posts

Showing posts from August, 2023

CoQ10 (Coenzyme Q10) : Manfaat Kesihatan & Kesan Sampingan

Image
 Assalamualaikum. Coenzyme Q10 (CoQ10) ialah nutrien yang berlaku secara semulajadi di dalam badan kita. CoQ10 juga terdapat dalam banyak makanan yang kita makan. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan, yang melindungi sel daripada kerosakan dan memainkan peranan penting dalam metabolisme kita. APA MANFAAT COQ10? Walaupun CoQ10 memainkan peranan penting dalam badan, kebanyakan dari kita yang sihat mempunyai CoQ10 yang mencukupi secara semulajadi. CoQ10 telah digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Antaranya, terdapat bukti dan kajian bahawa supplement CoQ10 boleh membantu menurunkan tekanan darah . Dan beberapa kajian dan bukti awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu mencegah atau merawat sakit otot, masalah hati berbanding mengambil ubat kolestrol jenis statin. Kajian awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 dapat melambatkan tetapi tidak menghentikan perkembangan penyakit Alzheimer . Namun perlukan kajian tambahan untuk masalah ini. CoQ10 juga telah dikaji sebagai raw

Vitamin E Untuk Kulit : Apa Fungsinya?

Image
 Assalamualaikum. Vitamin, mineral dan bahan botani disebut sebagai kuasa pelembap yang menjadikan kulit licin, anjal, dan berseri. Vitamin E juga biasanya disenaraikan sebahagian daripadanya. Dan ada juga yang consume Vitamin E ni sebagai makanan tambahan. Tetapi, adakah Vitamin E betul-betul bermanfaat untuk kesihatan kulit atau hanya sekadar trick marketing sahaja? APA ITU VITAMIN E DAN BAGAIMANA IA MEMBANTU KULIT ANDA? Vitamin E ialah vitamin larut lemak (fat soluble vitamin) yang bertindak sebagai antioksidan, membantu melindungi sel daripada kerosakan. Ia ditemui di dalam sebum (minyak kulit) kita, yang mewujudkan penghalang semulajadi untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. Jadi, permukaan kulit yang lebih berminyak seperti muka, mengandungi lebih banyak Vitamin E. Dan disebabkan orang yang mempunyai kulit muka berminyak mempunyai lebih banyak sebum, mereka juga mempunyai lebih banyak Vitamin E pada kulit mereka. Secara semula jadinya, sebum dan juga level Vitamin E pada ku