3 Peringkat Penurunan Al-Quran (Nuzul Quran)

 Assalamualaikum


Apa itu Nuzul Quran?

Peristiwa Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad saw secara berperingkat hinggalah lengkap sebuah kitab Al-Quran.

Perkataan "Nuzul" bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Jadi Nuzul Al-Quran adalah penurunan Al-Quran.

3 Peringkat Penurunan Al-Quran

Ada 3 peringkat dalam penurunan Al-Quran.

  1. Dari Allah ke Luh Mahfuz
  2. Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah
  3. Dari Baitul Izzah ke Nabi Muhammad saw

Peringkat Pertama : Dari Allah ke Luh Mahfuz

Luh Mahfuz adalah tempat yang terpelihara dari gangguan syaitan. Dalam surah Al-Buruj ayat 21-22 ada menyebut :

    { بَلۡ هُوَ قُرۡءَانࣱ مَّجِیدࣱ }
"Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir, bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya"
[Al-Buruj : 21]

{ فِی لَوۡحࣲ مَّحۡفُوظِۭ }
"(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz
[Al-Buruj : 22]

Peringkat Kedua : Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah

Pada peringkat kedua ini, Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah atau juga disebut Langit Dunia secara sekaligus pada bulan Ramadan. 

Dalilnya :-

{ ..........شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ }
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran"
[Al-Baqarah : 185]

{ إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ فِی لَیۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ }
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar"
[Al-Qadr : 1]

{ إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ فِی لَیۡلَةࣲ مُّبَـٰرَكَةٍۚ }
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat"
[Ad-Dukhan : 3]

Jelaslah di sini, apabila disebut Nuzul Quran, ia adalah tentang penurunan Al-Quran pada peringkat kedua ini.

Peringkat Ketiga : Dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad saw 

Pada peringkat ini, Al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Malaikat Jibri a.s secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Ada juga sesetengah kitab menyebut selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari. Antara dalilnya dalam surah Ash-Shuara dan surah Al-Furqan.

{ نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِینُ }
"Ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang amanah"
[Ash-Shuʿarāʾ: 193]

{ عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِینَ }
"Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia)"
[Ash-Shuʿarāʾ: 194]

{ بِلِسَانٍ عَرَبِیࣲّ مُّبِینࣲ }
"(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata"
[Ash-Shuʿarāʾ: 195]

{ وَقَالَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ لَوۡلَا نُزِّلَ عَلَیۡهِ ٱلۡقُرۡءَانُ جُمۡلَةࣰ وَ ٰ⁠حِدَةࣰۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ لِنُثَبِّتَ  بِهِۦ فُؤَادَكَۖ وَرَتَّلۡنَـٰهُ تَرۡتِیلࣰا 
"Dan orang-orang yang kafir berkata : Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannys kepadamu dengan teratur satu persatu"
[Al-Furqān: 32]

Dapatlah kita fahami di sini bahawa ini adalah 3 peringkat penurunan Al-Quran yang kita sebagai muslim WAJIB tahu. Dan wajib beriman dengannya. 

Dalam masa yang sama, kita perlulah sentiasa lazimi Al-Quran, serta membacanya dengan tajwid yang betul (tartil) dan sebaiknya memahami maknanya sekali. InsyaAllah. 

Salam Nuzul Quran dari saya untuk semua. 💚


Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact :
013-313.0901 (Mardhiah)



Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Tips Vision Board Yang Terbaik

6 Tips Kuruskan Badan Dalam Seminggu - Paling Efektif