6 Tips Kuruskan Badan Dalam Seminggu - Paling Efektif

 Assalamualaikum.

Pejam celik, lebih kurang seminggu sahaja lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri kan. Eh, kata target nak turunkan berat waktu puasa tahun ni. Berjaya tak?

Baju raya dah beli kecik satu saiz. Macam mana ni? Sempat ke lagi nak turunkan berat dalam masa seminggu ni? 

Ok2, jangan panik. Jom saya kongsikan 6 tips kurus dengan cepat dalam masa seminggu paling efektif!


Sebenarnya, dalam usaha menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, korang cuma perlu mengekalkan kiraan kalori yang rendah, bersenam, dan memastikan pelan diet yang sihat untuk membolehkan korang kurus dengan semulajadi.

Khas untuk korang yang yakin pada diri sendiri dan nekad untuk hapuskan lemak-lemak di badan yang dah lama bermaharajalela, ini tips yang paling efektif dan awesome!

1. Kurangkan Pengambilan Kalori


Mengurangkan pengambilan kalori boleh menjadi faktor signifikan dalam penurunan berat badan. Ia juga menjadi tips kuruskan badan yang paling penting dan wajib diketahui oleh mereka yang nak kurus.

Sekiranya pengambilan kalori melebihi tenaga yang diperlukan, makan pembakaran lemak tidak akan terhasil. Jadi ini yang menyebabkan berat badan korang makin bertambah kerana banyak pengumpulan lemak dalam badan.

Ini beberapa tips yang korang boleh amalkan dalam mengurangkan pengambilan kalori :

i) Catat Pengambilan Kalori

Catat pengambilan kalori makanan setiap kali korang makan. Korang boleh gunakan mana-mana aplikasi Calorie Counter untuk mudahkan pengiraan pengambilan kalori setiap hari.

ii) Makan Hanya Apabila Waktu Makan

Kurangkan pengambilan makanan ringan dan jangan makan selepas waktu makan selepas waktu makan malam. Kene disiplin!

Dan buang tabiat suka menguyah makanan ketika menonton tv atau ketika bekerja.

iii) Elakkan Minuman Berkalori

Jangan minum air manis. Pastikan hanya minum air kosong. Ataupun korang boleh minum minuman yang tiada kalori seperti teh atau kopi tanpa gula.

Pilihan teh sihat saya adalah Cinch Tea Mix dari Shaklee. Sedap dan sihat! 👍

Walau bagaimanapun, protein shake dibenarkan jika ia sebagai pengganti makanan pada waktu tersebut.

Ni pula protein shake yang saya rekomen. Korang pun boleh cuba.

iv) Banyakkan Makan Sayur

Pastikan suku pinggan anda lengkap dengan sayur. Hadkan pengambilan karbohidrat  berkanji dan lemak dalam seminggu ini

Boleh amalkan pinggan sihat suku-suku separuh untuk portion yang sesuai.

v) Pilih Protein Tanpa Lemak

Pilih protein yang rendah lemak misalnya ayam dan daging. Dan kurang hentikan pengambilan sos yang tinggi dengan kalori. Kepada yang kuat makan sos, korang kene bertabah sikit ye. 💪

2) Cuba Intermittent Fasting (IF)


Korang boleh juga amalkan IF sebagai salah satu tips kurus tambahan. Dengan mengurankan ruang masa makan, secara tak langsung mengurangkan pengambilan kalori.

3) Lebihkan Minum Air Kosong


Betul ke minum air kosong adalah salah satu tips kuruskan badan paling berkesan?

BETUL !

Kajian mendapati dengan minum air dapat meningkatkan metabolisme badan 24% hingga 30% dalam masa sejam ke sejam setengah. Bila metabolisme meningkat, ia dapat membantu tubuh bakar lebih banyak kalori. ¹

Terdapat 1 lagi kajian mengatakan bahawa dengan minum air setengah liter kira-kira setengah jam sebelum makan boleh membantu mengurangkan selera makan seterusnya membantu mengurangkab kalori dan menurunkan berat badan kira-kira 44% berbanding mereka yang tak minum air sebelum makan. ²

Kalau korang berjaya amalkan air kosong sahaja, saya yakin korang memang boleh turunkan berat dalam masa yang singkat. Nak tahu keberkesanannya? Try amalkan dalam masa seminggu ni, dan tengok hasilnya.

4) Kurangkan Karbohidrat dan Lebihkan Protein Tanpa Lemak


Korang boleh turunkan berat dengan mengambil makanan yang rendah karbohidrat dalam hanya beberapa hari.

Ada juga kajian yang merumuskan bahawa diet rendah karbohidrat adalah salah satu cara yang sangat efektif untuk menurukan berat dan meningkatkan tahap kesihatan.³

Tambahan, dengan memastikan protein yang di ambil mencukupi, selera makan dapat dikurangkan dan tahap metabolisme juga dapat ditingkatkan.

Cuba kurangkan karbohidrat berkanji dan gula secara drastik selama seminggu. Boleh gantikan karbohidrat dengan sayuran rendah karbohidrat dan pada masa yang sama tingkatkan pengambilan telur dan daging tanpa lemak seperti ikan untuk sumber protein.

5) Elakkan Makanan Ringan yang Diproses


Tak dapat disangkal lagi, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk turunkan berat adalah berhenti mengambil makanan ringan.

Makanan yang perlu diambil adalah makanan sajian lengkap, kaya dengan nutrisi dan seimbang. Segala makanan ringan yang diproses seperti snek, fast food, makanan dalam tin, perlu dielak serta merta. 

Kalau korang memang biasa dengan makanan ringan waktu minum petang atau supper, boleh try ganti dengan sayur atau telur sebagai sumber protein.

6) Bersenam atau Cuba Latihan Intensiti Tinggi


Bersenam adalah salah satu cara yang baik untuk membakar lemak. Senaman angkat berat dapat beri kesan yang sama seperti senamrobik dalan turunkan berat badan.

Latihan yang berintensiti tinggi adalah salah satu kaedah yang sangat berkesan. Latihan yang berintensiti tinggi selama 5-10 minit dapat beri kesan yang sama atau lebih besar kepada  kesihatan dan penurunan berat badan sebanyak 5x ganda berbanding senaman biasa.

Korang boleh lakukan Latihan Berintensiti Tinggi sebanyak 3 atau 4 sesi seminggu selepas melakukan senaman biasa dan terus boleh jadikan ia rutin senaman wajib korang.

TIPS TAMBAHAN

7) Ambil Supplement Yang Betul

Tips tambahan untuk membantu kuruskan badan adalah dengan mengamalkan supplement yang betul.

Korang boleh cuba SET KURUS SHAKLEE.
Dalam set ini, lengkap dengan untuk membantu menurunkan berat secara sihat tanpa mengurangkan nutrisi badan kita.

Dengan konsep 3B iaitu Bakar, Buang dan Bina sangat membantu untuk turunkan berat badan.




Kesimpulan

Dengan amalkan cara diet yanh betul, aktiviti latihan/senaman yang optimum, serta pengambilan supplement yang berkesan, penurunan berat badan dapat dicapai dalam masa seminggu. 

Ini 6 tips yang saya boleh kongsikan. Percayalah, tak mustahil untuk turunkan berat dalam masa seminggu. Apa yang perlu adalah keazaman dan disiplin yang tinggi.

Cuba dahulu selama seminggu, kalau boleh bertahan, boleh teruskan pada minggu-minggu seterusnya okey. 

Nak dapatkan guide yang betul untuk SET KURUS SHAKLEE, boleh terus hubungi saya. Tekan simbol Whatsapp di bawah :
Atau terus KLIK SINI untuk daftar dan buat pembelian secara online.

Jangan lupa follow saya di
Facebook Page : Shaklee.Terengganu


Sumber rujukan :
¹ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17519319
² https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19661958 
³ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17971178

Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact :
013-313.0901 (Mardhiah)









Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Tips Vision Board Yang Terbaik

5 Tips Bisnes Online Tahun 2023