CoQ10 (Coenzyme Q10) : Manfaat Kesihatan & Kesan Sampingan
Assalamualaikum.
APA MANFAAT COQ10?
Walaupun CoQ10 memainkan peranan penting dalam badan, kebanyakan dari kita yang sihat mempunyai CoQ10 yang mencukupi secara semulajadi.
CoQ10 telah digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Antaranya, terdapat bukti dan kajian bahawa supplement CoQ10 boleh membantu menurunkan tekanan darah.
Dan beberapa kajian dan bukti awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu mencegah atau merawat sakit otot, masalah hati berbanding mengambil ubat kolestrol jenis statin.
Kajian awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 dapat melambatkan tetapi tidak menghentikan perkembangan penyakit Alzheimer. Namun perlukan kajian tambahan untuk masalah ini.
CoQ10 juga telah dikaji sebagai rawatan pencegahan untuk sakit kepala, migrain, walaupun mungkin bukanlah kesan serta merta.
Ia juga dikaji untuk membantu mereka yang ada masalah kesuburan seperti bilangan sperma yang rendah, HIV, masalah otot, parkinson, penyakit gusi, dan banyak lagi.
ANTARA KEBAIKAN LAIN :
1. Kesihatan Jantung
Faktor risiko kegagalan jantung, seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari, sering menyebabkan tekanan oksidatif dan kerosakan sel.
Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 boleh memperbaiki gejala dan mengurangkan risiko komplikasi berkaitan jantung. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
2. Kesihatan Otak
CoQ10 boleh mengurangkan sebatian berbahaya yang boleh meningkatkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.
Dan dengan CoQ10 ini, boleh melambatkan perkembangan penyakit tersebut.
COQ10 DAN KESUBURAN
Telur dan sperma terdedah kepada kerosakan oksidatif. CoQ10 boleh membantu menyuburkan malah membantu menghentikan penurunan kuantiti dan kualiti telur seiring dengan peningkatan usia kita.
Kajian juga menunjukkan bahawa sebatian itu boleh meningkatkan aktiviti dan kepekatan sperma dan meningkatkan kesuburan.
MAKANAN COQ10
Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10, namun kandungan keseluruhan adalah 500mg, hingga 1500mg dan ia akan berkurangan seiring dengan usia.
SUMBER MAKANAN COQ10 YANG BAIK TERMASUK ;
1. Organ Haiwan
CoQ10 terdapat dalam sel di seluruh badan kita, dan kebanyakannya tertumpu pada organ penting kita. Dan ini bermakna organ haiwan juga mempunyai jumlah CoQ10 tertinggi setiap 100gram.
Sebagai contoh,
Jantung lembu mempunyai 11.3mg , dan hati lembu mempunyai 3.9mg.
Jantung ayam mempunyai 9.2mg dan hati mempunyai 11.6mg.
2. Ikan Berlemak
Ikan berlemak seperti trout, salmon, makarel, dan sardin mengandungi CoQ10. Ikan tenggiri mengandungi kira-kira 6.75mg setiap 100gram manakala ikan trout mengandungi 0.85mg setiap 100gram
3. Daging
Bukan hanya organ haiwan yang membekalkan CoQ10. Daging lembu mengandungi kira-kira 3.1mg setiap 100gram, ayam mempunyai 1.4mg, dan daging rusa mempunyai kira-kira 15.8mg untuk 100gram.
4. Kacang Soya
Produk kacang soya seperti tauhu, susu soya dan yogurt adalah sumber protien yang berharga. Kacang soya juga mempunyai banyak vitamin dan mineral lain dan juga CoQ10.
Kacang soya rebus mempunyai 1.2mg setiap 100gram. Produk soya lain mengandungi jumlah CoQ10 yang lebih rendah, dengan tauhu 0.3mg dan susu soya 0.25mg.
5. Sayur-sayuran.
Banyak sayur-sayuran mengandungi CoQ10. Antaranya brokoli mempunyai kandungan CoQ10 yang tinggi. Antara 0.6mg hingga 0.86mg setiap 100gram.
6. Kekacang
Selain protein, lemak yang menyihatkan jantung, dan nutrien penting lain, kekacang juga membekalkan CoQ10. Pistachio mengandungi 2mg CoQ10 setiap hidangan 100gram, kacang tanah mempunyai 2.6mg, dan biji bijan mempunyai 1.7mg.
KESAN SAMPINGAN COQ10.
Kebanyakan kesan sampingan CoQ10 adalah ringan. Termasuk masalah penghadaman, hilang selera makan, sakit perut, cirit birit, loya, pedih ulu hati.
Kemungkinan risiko yang lebih serius juga ada. Jadi, jangan ambil sebarang supplement CoQ10 tanpa berbincang dengan doktor jika anda :
- Mempunyai masalah hati
- Menghidap kencing manis
- Mempunyai masalah kegagalan jantung
- Mengandung
- Menyusukan anak
- Mengambil ubat pencair darah
- Mengambil ubat tiroid
- Sedang menerim kemoterapi
SUPPLEMENT COQ10
Jumlah CoQ10 yang ditemui secara semulajadi dalam makanan adalah jauh lebih rendah daripada yang terdapat dalam makanan tambahan/supplement.
Dalam kebanyakan kes, doktor mungkin akan syorkan supplement CoQ10. Tiada dos ideal kerana keperluan setiap orang berbeza-beza.
Dos standard untuk supplement CoQ10 antara purata 60 hingga 500mg setiap hari. Dan dos harian tertinggi yang disyorkan ialah sekitar 1200mg.
Ikut arahan ada botol atau dapatkan nasihat doktor untuk pastikan dos sebenar yang badan korang perlukan.
Ingat! Jenama supplement juga memainkan peranan kerana jenama berbeza mungkin mempunyai kandungan dan kekuatan yang berbeza.
COQ-TROL PLUS SHAKLEE
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment