Vitamin E Untuk Kulit : Apa Fungsinya?

 Assalamualaikum.

Vitamin, mineral dan bahan botani disebut sebagai kuasa pelembap yang menjadikan kulit licin, anjal, dan berseri.

Vitamin E juga biasanya disenaraikan sebahagian daripadanya. Dan ada juga yang consume Vitamin E ni sebagai makanan tambahan.

Tetapi, adakah Vitamin E betul-betul bermanfaat untuk kesihatan kulit atau hanya sekadar trick marketing sahaja?

APA ITU VITAMIN E DAN BAGAIMANA IA MEMBANTU KULIT ANDA?

Vitamin E ialah vitamin larut lemak (fat soluble vitamin) yang bertindak sebagai antioksidan, membantu melindungi sel daripada kerosakan.

Ia ditemui di dalam sebum (minyak kulit) kita, yang mewujudkan penghalang semulajadi untuk mengekalkan kelembapan kulit kita.

Jadi, permukaan kulit yang lebih berminyak seperti muka, mengandungi lebih banyak Vitamin E. Dan disebabkan orang yang mempunyai kulit muka berminyak mempunyai lebih banyak sebum, mereka juga mempunyai lebih banyak Vitamin E pada kulit mereka.

Secara semula jadinya, sebum dan juga level Vitamin E pada kulit kita akan menurun seiring usia kita. Vitamin E juga akan berkurang disebabkan oleh faktor cahaya ultraviolet (UV) seperti :

  • Cahaya matahari
  • Mentol lampu 

BAGAIMANA VITAMIN E MEMBERI MANFAAT KEPADA KULIT?

Penyelidikan tentang bagaimana Vitamin E memberi manfaat kepada kulit masih sentiasa dijalankan.

"Ia mungkin menjadikan pelembab (moisturizer) berfungsi lebih baik, tetapi tidak jelas dalam kebanyakan kajian sama ada ia mempunyai peranan perubatan secara langsung" 

"Kesannya agak halus. Ia tidak merawat sebarang keadaan kulit tertentu selain membantu mengurangkan penuaan kulit dan mengurangkan lembapan" - Dr. Kassouf

Di dalam pelembab, Vitamin E :

  1. Menghalang kulit daripada kehilangan lembapan.
  2. Melindungi sel daripada kerosakan.
  3. Melembutkan kulit
Vitamin E juga dapat mengurangkan kerosakan akibat matahari dengan menyerap sinaran UVB dan mengurangkan tindak balas keradangan kulit termasuk :
  • Bengkak
  • Kemerahan
  • Penebalan
TAPI !! Jangan ganti sunscreen anda dengan minyak Vitamin E.

Dua jenis cahaya UV yang merosakkan kulit iaitu ultra violet A (UVA) dan ultra violet B (UVB).

Vitamin E boleh menyerap sedikit cahaya UVB, tapi tidak 100%. 

Dan Vitamin E TIDAK melindungi dari cahaya UVA yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Jadi, penting untuk terus kekalkan rutin harian anda dengan menggunakan sunscreen untuk melindungi kulit anda.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN VITAMIN E UNTUK KESIHATAN KULIT

Ada pelbagai cara yang anda boleh menggunakan Vitamin E untuk melindungi kulit anda.

1. Sapu Minyak Vitamin E Pada Kulit.

Orang yang mempunyai kulit kering dan menggelupas lebih cenderung untuk mendapat manfaat dari penggunaan Vitamin E kerana ia dapat meningkatkan kelembapan.

Tapi jika anda mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, anda tak perlukan Vitamin E tambahan. Anda sudah mendapat cukup dalam pengeluaran sebum anda.

2. Gunakan Produk Yang Mempunyai Vitamin E

Menggunakan pelembap yang mengandungi Vitamin E mungkin salah satu pilihan yang bagus untuk membantu produk berfungsi dengan lebih baik dalam mengekalkan sel kulit yang sihat.

Untuk masukkannya ke dalam rutin penjagaan kulit anda, cari produk yang mengandungi Vitamin E. Biasanya ia akan dilabel sebagai tokoferol atau tokotrienol.

Pelembab (moisturizer) dengan sekurang-kurangnya 0.1% boleh meningkatkan tahap Vitamin E dalam kulit. Lagi baik jika produk yang anda gunakan mengandungi kedua-dua Vitamin C dan E. Antioksidan ini berfungsi dengan lebih baik jika diambil bersama.

3. Makan / Consume Vitamin E

Anda perlu dapatkan Vitamin E yang cukup dalam diet anda, sebaiknya melalui makanan. Namun, consume supplement juga adalah satu pilihan yang baik.

Antioksidan dalaman boleh membantu melindungi kita daripada ancaman luaran seperti bahaya cahaya matahari.

Makanan tinggi Vitamin E termasuklah :

  1. Biji bunga matahari dan minyaknya
  2. Kacang
  3. Minyak jagung
  4. Bayam
  5. Brokoli
  6. Buah kiwi
  7. Buah mangga

Untuk supplement/makanan tambahan, amaun yang disyorkan adalah sebanyak 15mg sehari. Elakkan berlebihan kerana Vitamin E yang berlebihan disimpan dalam lemak. Lama kelamaan ia akan menjadi toksik.

Menggunakan produk atau supplement Vitamin E boleh memberi manfaat kepada kulit anda. Dan apabila diambil dalam jumlah yang betul, Vitamin E juga boleh membantu kulit anda menghadapi tekanan persekitaran dari dalam dan luar.

Yang penting, pastikan anda pilih supplement yang baik dan semulajadi. 

Cadangan pilihan terbaik dari saya adalah Vitamin E Shaklee.



Vita E Complex Shaklee diperbuat daripada minyak soya organim dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E.

Ia diekstrak d-alpha tokoferol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin dan ini menjadikan Vitamin E paling lengkap dan semula jadi di pasaran.

Cadangan pengambilan : 1 kapsul sehari

Dannn, kalau korang nak tahu, Vitamin E Shaklee ni korang boleh buat as a masker juga tau. Sangat membantu untuk memudarkan parut.

Boleh contact saya untuk saya terangkan cara pengambilan dan cara jadikan Vita E Complex sebagai masker dengan betul.

Klik link di bawah okey 😊


Boleh juga tekan je link kat bawah ni untuk daftar dan mulakan pembelian online.

Jangan lupa follow saya di
Facebook Page : Shaklee.Terengganu


Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact :
013-313.0901 (Mardhiah)

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Tips Vision Board Yang Terbaik

6 Tips Kuruskan Badan Dalam Seminggu - Paling Efektif