3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Assalamualaikum.

Entry kali ni akak nak kongsikan macam mana cara mudah untuk capai rank pertama dalam Shaklee iaitu rank Supervisor.

Bagi pengedar Shaklee, kita semua mesti sedia maklum tentang pangkat atau rank dalam Shaklee ni kan. Bermula dengan rank pertama iaitu Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator dan yang paling tinggi adalah Master Coordinator. 


Sebelum kita nak tahu macam mana nak capai rank Supervisor ni, pertamanya mestilah kita kene tahu apa syarat atau kelayakan yang kita perlukan untuk capai rank ni. Macam kita nak pergi apply kerja kan. Sebelum kita nak apply kerja tu, kita perlulah tahu apa syarat-syaratnya, apa kelebihan yang ditawarkan, apa kelayakan yang perlu kita ada dsb. Supaya kita dapat gambaran apa yang perlu kita lakukan untuk capai matlamat tu. 

Syarat/kelayakan untuk jadikan seseorang itu mencapai rank pertama dalam Shaklee ni satu je. Apabila kita berjaya capai ni, automatik kita adalah Supervisor. Yeay ! Ini syaratnya ;

Berjaya mencapai GUV (group uv) sebanyak 3000uv dalam tempoh sebulan. 

So, bila kita dah tahu apa yang perlu kita capai, kita atur strategi untuk capainya pulak. Macam mana nak capai? Susah ke senang? Apa yang perlu kita buat? 

Mari akak bocorkan sedikit tips dan cara mudah untuk kita capai. 


TIPS YANG PERTAMA :

Apabila kita dah tahu kita perlukan 3000uv dalam sebulan, bahagikan 3000uv kepada 30 hari. Kat sini, kita boleh tahu berapa uv minimun yang kita perlukan dalam sehari. 

3000uv/30hari = 100uv sehari. 

Jadi, kat sini, kita dah tahu yang kita perlukan minimum 100uv sehari untuk kita capai target tu. Apa pun yang berlaku, pastikan target 100uv sehari ni tercapai.


TIPS YANG KEDUA :

Apabila kita dah tahu yang kita perlukan 100uv sehari, kita CARI PRODUK yang boleh bagi kita 100uv sehari. Contoh, jual Sustained Released Vita C sebanyak 5botol sehari. Atau jual 2 set cantik (Esp + Vita C) sehari dsb.

Buat kira-kira dan strategi yang baik tentang produk. FOKUS dan MAHIRKAN tentang produk tu. Dan usaha sungguh-sungguh untuk capai target setiap hari. Andai kata hari ni tak capai target, wajib topup balik esok. Dan begitulah seterusnya.


TIPS YANG KETIGA :

Sharing dan Sponsoring. Ajar anak buah buat benda yang sama. Dalam masa kita buat, anak buah juga buat. Oleh kerana 3000uv ni adalah Group UV, maka penglibatan anak buah bersama-sama kita sangat membantu. Inilah keistimewaan multilevel. Yang penting, kita dahulu yang perlu bersungguh. Kalau harap anak buah sahaja yang buat, kita tak dapat pape la kan.


Ini 3 tips mudah yang akak boleh kongsikan untuk mereka yang tak tahu macam mana nak mula. Kalau nak dapatkan tips-tips yang lebih, kene join team akak dulu lah. Top AMMpire Group (TAG). Kat situ akak bocorkan lebih lagi. 

Apa pun, semuanya atas diri sendiri jugak. Bagilah seribu tips mudah pun. Andai diri sendiri tidak bertindak, keadaan takkan berubah kan. Tepuk dada, tanya hati. 


"Sesungguhnya Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu.
melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk merubahnya"


Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact akak :
013-313.0901 (Mardhiah)



Comments

Popular posts from this blog

Tips Vision Board Yang Terbaik

5 Tips Bisnes Online Tahun 2023