Tips Vision Board Yang Terbaik


Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua. Awal tahun ni, mesti ramai yang dah ada azam baru kan? So, sempena tahun baru ni, akak nak kongsikan tips macam mana nak buat Vision Board (VB) yang terbaik dan amazing.




APA ITU VISION BOARD (VB)?

VB ni adalah tempat untuk kita tulis dan gambarkan segala impian dan azam yang nak kita capai tu. Kita terjemahkan semua tu dalam bentuk gambar dan sebenarnya secara tak sedar minda separa sedar kita akan setkan semua impian dan azam kita dalam otak dan kita akan berusaha untuk capai semua impian dan azam kita tu.

Lagi terbaik kalau dalan VB kita tu, kita terus spesifikkan tarikh atau bulan, atau lokasi setiap impian kita tu. Lagi la berkobar-kobar nak capai semua tu kan. 



KENAPA PENTINGNYA VB?

Secara generalnya, bila kita ada VB ni, kita akan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk capai semua impian yang dah kita lakarkan tu.

1. Membantu untuk capai target.

VB menjadikan kita seorang yang teratur. Kita akan susun target dan strategi untuk capai impian dan azam kita. Target ni boleh jadi target jangka pendek, target jangka sederhana dan target jangka panjang. Target-target ni perlu ada dan penting dalam kehidupan kita. 


2. Jadikan kita lebih berdisiplin.

Bila ada VB ni, kita akan lebih berdisiplin sebab kita tahu, kita ada sesuatu yang nak kita capai. Kita perlu sentiasa bergerak ke hadapan untuk pastikan semua impian dan azam kita berjaya direalisasikan mengikut target yang dah kita tetapkan.


3. Buat kita berangan-angan.

Berangan tu percuma kan? Tapi dengan angan-angan lah ia mampu bertukar menjadi realiti. Tapi syaratkan, bukan hanya sekadar angan-angan lah. Angan-angan yang seiring dengan tindakan.




TIPS VISION BOARD YANG TERBAIK.

Untuk create VB, perlulah SMART. - Specific - Measurable - Achive - Time.


1. Secara Santai.
Buat VB dengan kata hati. Tak perlu overthinking. Just apa yang anda rasa anda nak dan minat untuk dapatkannya. 

2. Guna Perkataan Positif dan Dalam Keadaan "present tense" atau sekarang.
Contohnya, berbanding anda tulis "Saya nak kurus" boleh tukarkan kepada "Saya bertambah yakin dan cantik bila kurus" atau "Pada Mac 2018, berat saya adalah 50kg"

3. Lebihkan Gambar dan Kurangkan Perkataan.
Picture speaks louder than words kan? Minda kita akan lebih mudah "capture" gambar dari tulisan.

4. Masukkan Diri Kita dalam VB.
Letakkan at least 1 gambar kita dalam VB tu. Supaya kita sentiasa set bahawa ini adalah impian kita. Bukan impian orang lain.

5. Impian Besar.
Jangan limitkan impian kita. Letak apa yang kita nak capai walaupun mungkin bagi kita terlalu tinggi.

6. Make It Just For You. VB ini untuk DIRI KITA.
Tengok balik impian dan azam kita. Betul ke semua impian tu yang kita nak? Atau kita nak capai impian tu untuk puaskan hati orang lain? Atau impian tu adalah impian yang orang lain nak dari kita? Buatlah apa yang betul-betul kita nak.

7. Be Creative.
Jadilah se kreatif mungkin. Yang boleh buatkan kita berkobar-kobar dan sentiasa bersemangat untuk capai impian kita. 

8. Tempat Strategik.
Dan selesai create VB, letakkan VB kita di tempat yang kita mudah nampak. Yang hari-hari kita boleh tengok. Yang hari-hari kita akan pandang. Contohnya di almari baju, meja solek, meja study, dinding bilik dll.


PERLU KE BUAT VB?

Bagi akak, sangat perlu ! Untuk pastikan kita sentiasa on track dalam apa jugak yang kita lakukan. Supaya kita keluar dari zon selesa dan sentiasa bersemangat untuk capai impian kita.


Untuk yang belum buat VB, bolehlah mula create VB anda hari ini. Insha Allah, ia membantu kita dalam menentukan hala tuju kehidupan kita akan datang. Impian dan azam kita ni, hanya kita boleh realisasikannya !

Moga 2018 ni memberikan kita semua lebih kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. Amin.


Selamat Tahun Baru 2018.
Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact akak :
013-313.0901 (Mardhiah)

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

5 Tips Bisnes Online Tahun 2023