Supervisor "Tua"
Assalamualaikum.
Kali ni akak nak cerita tentang bagaimana akak terjebak dengan apa yang akak buat sekarang. Sekarang, akak seorang suri rumah sepenuh masa. TAPI, bukan suri rumah saje-saje tau. Suri rumah yang berpendapatan 4 angka sebulan. Alhamdulillah.
Akak sekarang cuma berniaga dari rumah. Niaga apa? Ok, ni yang akak nak cerita ni. Akak merupakan pengedar Shaklee (ID - 589681). Memandangkan parents akak ni dah bersama Shaklee sejak hampir 18 tahun lepas lagi, so of course la anak dia ni ahli Shaklee jugak. Hehe.
Dan alhamdulillah, akak dah pun capai rank pertama dalam Shaklee ni iaitu SUPERVISOR. Ceritanya, akak dah jadi Supervisor ni dah lama. Tapi lepas habis belajar di Malaysia, akak sambung belajar di luar negara. So, terus senyap.
Tapi, dari akak sekolah rendah, sekolah menengah, masuk universiti pun, memang mak akak bekalkan Shaklee ni.
3 tahun lepas, akak balik Malaysia, kahwin, kerja dan jalani kehidupan macam biasa. Lepas dapat anak pertama, akak masih lagi bekerja. Tapi waktu tu dah rasa macam tak sanggup nak tinggalkan anak. Kesian. Nak tinggal dia dengan tok dia sendiri rasa menyusahkan pulak. So, lepas bincang dengan suami, habis setahun tu, akak tekad berhenti kerja ! Walaupun sedar time tu kewangan kami laki bini tak stabil pun lagi. Biasalah, orang baru mulakan kehidupan rumah tangga kan.
Akak try buat bisnes macam-macam. Jual air, jual makanan, jual minyak, jual baju, bukak booth, masuk ekspo, semua akak pernah buat. Dan sedih jugak bila pernah rugi hingga 4 angka. Dahla waktu tu kewangan pun cukup-cukup je. Dan yang terakhir akak jual kaligrafi. Team dengan kawan lama di sekolah dulu. Alhamdulillah, yang ni paling menjadi.
Tiba-tiba akak teringat pasal Shaklee ni. So, Oktober 2016, akak tergerak hati untuk start sharing balik tentang Shaklee di Instagram. Alhamdulillah, respon yang sangat baik. Makin hari makin seronok sebab hampir tiap hari dapat close sale. Sampai suami tegur, eh kenapa tiba-tiba banyak pulak order Shaklee ni. Haha.
Alhamdulillah, bulan pertama mulakan balik Shaklee ni, terus berjaya dapat bonus 4 angka. Memang gembira gila la. Hampir sama dengan gaji suami akak pulak tu. Rasa macam WOW ! Start dari situ, akak fokus untuk terus dalam bisnes Shaklee ni je. Dan lebih best bila dapat jaga anak kat kat rumah, tapi income masuk tak pernah miss tiap-tiap bulan.
Sekarang, ada banyak sebab untuk akak terus berjaya dalam Shaklee ni. Nak gembirakan mak ayah, nak bantu suami, nak tingkatkan ekonomi keluarga, nak tolong adik-beradik, dan nak bagi yang terbaik untuk anak dan diri sendiri.
Pada akak, walaupun tak kerja at least dengan duit bonus ni, akak dapat bantu family akak. Ringankan mana yang patut. Gembira tau bila dapat bantu family sendiri. Harapan akak, nak bawak parents akak dan family buat umrah sama-sama. Insha Allah.
Tak, akak tak kata yang bekerja tak boleh bagi pada family atau yang tersayang semua ni. Atas masing-masing. Ramai yang kata rugi ke akak belajar jauh-jauh sampai luar negara tapi balik Malaysia duk rumah je. Tak kerja pun. Ini pilihan akak. Dan akak seronok dengan pilihan akak ni. Alhamdulillah.
Untuk yang nak buat Shaklee atau apa-apa bisnes secara fulltime atau part time je pun, just FOKUS betul-betul dan set your BIG WHY. Percayalah, kita semua boleh buat.
Salam sayang,
Mardhiah.com
Salam sayang,
Mardhiah.com
-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE?
Contact akak :
013-313.0901 (Mardhiah)
Comments
Post a Comment