Why Shaklee?

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, atas sebab apa akak ambil keputusan untuk jadikan Shaklee sebagai bisnes akak dan duduk di rumah je. 

Pertamanya, of course la macam yang akak cakap sebelum ni, akak sendiri nak jaga anak. Nak tengok anak membesar depan mata. Dan akak rasa memang ni adalah impian setiap ibu kan? So, akak pilih untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah dan suri hati je. hehe.



Tapi, kenapa Shaklee? Kata akak pernah buat bisnes macam-macam sebelum ni kan? So, apa sebab akak pilih untuk stop yang lain dan fokus pada Shaklee sahaja?

Pada akak, untuk buat pilihan bisnes apa yang terbaik, bergantung pada individu sendiri. Dan kalau akak, antara sebabnya adalah family akak dah jadi pengguna tegar Shaklee ni hampir 20 tahun. Dan akak sendiri dah rasa kelebihan dan keberkesanan Shaklee tu sendiri. Dan parents akak sendiri pun dah achive banyak dalam Shaklee ni. 

Bila kita decide nak pilih sesuatu bisnes tu, pastikan ada 5 ni ;

1. Syarikat yang kukuh.
2. Produk yang berkualiti.
3. Plan work/sistem yang adil.
4. Mentor, sistem dan team.
5. Diri sendiri.

Bagi akak, Shaklee perfect dalam kesemuanya ! 



1) Syarikat yang kukuh. 

Shaklee sudah bermula lebih 60 tahun yang lalu oleh Dr. Forrest C. Shaklee. Dan hari ni, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semulajadi nombor satu di Amerika Syarikat. Shaklee jugak mempunyai pejabat di seluruh dunia dan pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. 

Dan sehingga ke hari ni, Shaklee tak pernah gagal untuk bayar komisen kepada semua pengedarnya yang layak di seluruh dunia. So, cukup membuktikan yang Shaklee ni satu syarikat yang sangat kukuh. 



2) Produk yang berkualiti.

Macam yang diketahui umum, Shaklee sangat-sangat mementingkan kualiti sesuatu produk yang keluarkan. 3 prinsip yang Shaklee terapkan dalam setiap produk adalah ianya SELAMAT, TERBUKTI dan BERKESAN. 

Dan untuk pengetahuan semua, Shaklee ni menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya. Shaklee menjalankan lebih 10,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya. 

Apa yang bestnya lagi, Shaklee sangat pentingkan alam semulajadi. Falsafah Dr. Forrest Shaklee sendiri pun adalah Living in Harmony with Nature. 

So, apa sebab kita perlukan produk yang berkualiti? Sebab, bila produk kita betul-betul bagus, berkualiti, berkesan, tentulah customer pun gembira dan akan "repeat order" dan kita pun akan dapat "repeat sale" kan. 



3) Plan work/sistem yang adil.

Shaklee MLM? Ye, Shaklee merupakan syarikat multilevel marketing. Tapi orang kita sangat skeptikal dengan perkataan MLM kan? hehe. Tapi, ada beza tau multilevel marketing dengan sistem piramid. 

Secara ringkasnya, plan works Shaklee sangat adil. Takde istilah orang bawah kerja, orang atas goyang kaki duit masuk. Itu style sistem piramid. Tapi Shaklee ni, ada sistem tersendiri yang mana telah dipaternkan kalau tak silap akak. Untuk plan work ni, nanti akak ulas lebih lanjut ye.


4) Mentor, sistem dan team.
5) Diri sendiri.

Untuk no 4 dan 5 ni, of course di bawah organisasi, ada group support yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Kelas-kelas online, offline. Dan HQ sendiri pun sentiasa aturkan talk, perkongsian, motivation, kelas-kelas yang berkaitan dan banyak lagi. 

Serius banyak sangat ilmu yang dapat. So, atas diri kita la pulak kan. hehe



Ini antara sebab kenapa akak pilih Shaklee sebagai bisness yang akan boleh di rumah. Sambil-sambil jaga anak, dapatlah akak jana pendapatan dari rumah ni. Dan akak sangat gembira bila dapat jumpa dengan ramai orang, kongsi kebaikan dengan ramai orang, berkenalan dengan ramai orang, dan bantu ramai orang. Alhamdulillah. ☺


Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact akak :
013-313.0901 (Mardhiah)


Comments

Popular posts from this blog

Tips Vision Board Yang Terbaik

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Dapat Makan Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee