Collagen Powder Shaklee
Assalamualaikum.
Bulan Februari ni akak rasa sangat lah best sebab Shaklee adakah promosi Collagen Powder dan jugak Vita C. Dua produk ni, memang bagus sangat sangat sangat untuk korang yang nak nampak cantik dan muda. Terbaik.
Jadi, sempena promosi bulan ni, mari akak cerita tentang Collagen Powder Shaklee ni yang akan buatkan korang tertarik punya.
Perbezaan Shaklee
Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen KSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, iaitu sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah.
Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, Kolagen Ikan, Ekstrak Kekerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.
Manfaat Utama
Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita.
Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll. Oleh itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
Tampak Lebih Muda
- Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
- Kuku akan jadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
- Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan cepat sembuh dan membantu mengurangkan parut.
- Membantu menghilangkan tanda penuaan.
Rasa Lebih Muda
- Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
- Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
- Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
- Memastikan otak sentiasa sihat. Sel gyla membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda kita tetap berkeadaan baik semakin kita menua.
Fungsi Ramuan Utama
Kolagen dari sisik ikan merah.
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.
Ekstrak biji Camellia Japonica.
Biji Camellia Japonica terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
Ekstrak Pfaffia.
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
Elastin from kolagen ikan.
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal, dan elastik.
Vitamin C dan Vitamin B.
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menetang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.
Ekstrak kekerang.
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
Lactobacillus acidophilus.
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Nutritional Facts.
Salam sayang,
Mardhiah.com
-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE?
Contact akak :
013-313.0901 (Mardhiah)
Comments
Post a Comment