Rumah Terbuka Aidilfitri - Antara Adat & Syariat

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah, berbaki 3 hari sahaja lagi sebelum Syawal berlalu pergi. Dan hingga ke hari ini, masih meriah dengan jemputan rumah terbuka di sana sini. Rezeki. 

Rumah terbuka bukanlah kewajipan dalam agama kerana ianya hanyalah adat dan budaya pada sesetengah tempat/negara.

Pengalaman saya sewaktu belajar di negara arab (Jordan), mereka lebih mengutamakan memberi makan berbuka pada bulan Ramadan. Dan memang tiadalah jemputan raya dari orang arab. Hehe. Yang ada adalah open house dari sesama pelajar dan pihak kedutaan. 

Teringat dulu, selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri, mereka (orang arab) terus sahaja buka kedai, pulang berehat, dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Beza betul dengan kita kan. 😆

Adat Yang Baik

Namun, tak dinafikan amalan raya open house atau rumah terbuka ni adalah satu amalan yang sangat baik. Dengan niat untuk mengeratkan silatulrahim, rumah terbuka ni dilihat sebagai landasan terbaik untuk menjalinkan hubungan persaudaraan.

Perkataan silatulrahim atau "silah" atau "wasal" bermaksud menyambungkan dan menghimpun manakala "rahim" bererti kasih-sayang dengan saudara atau kerabat yang ada hubungan darah. Jadi, ia membawa maksud sesuatu yang asalnya tidak bersambung kepada bersambung.

Rasulullah saw bersabda :

"Yang disebut bersilatulrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilatulrahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (Riwayat Bukhari)

Kelebihan tradisi rumah terbuka ni sebenarnya dapat merapatkan ikatan dan mengekalkan tali persaudaraan.

TETAPI

Dalam keseronokan dan matlamat untuk bersilatulrahim itu kadang kita terlepas pandang apa yang lebih dianjurkan Islam dalam konteks silatulrahim atau ukhuwah ini. 

Raikan dan Muliakanlah Jiran Tetangga

Siapakah jiran menurut Islam? Menurut Imam  Nawawi rahimahullah, mereka yang dianggap jiran adalah orang yang berada 40 buah rumah dari sudut kanan, kiri, depan dan belakang rumah kita. 

Tuntukan menjalinkan hubungan baik dengan jiran jelas dinyatakan oleh Rasulullah saw :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah mereka berbuat baik kepada jirannya" (HR Muslim)

Namun apa yang diperhatikan sekarang, rumah terbuka yang diamalkan menjemput orang-orang tertentu, memberi keutamaan orang luar daripada jiran, sehingga jiran langsung tidak dijemput.

Tak Leka dengan Keseronokan

Tujuan utama rumah terbuka sudah tentu untuk berukhuwah mengikut syariat. Tapi apa yang kita lihat, dengan pergaulan, percampuran lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menutup aurat, semua ni mencemarkan adat yang baik ini.

Dari sudut makanan pula, niat mulia tuan rumah untuk menjamu dan bersedekah diambil sambil lewa oleh tetamu. Pembaziran adalah salah satu sikap yang tidak disukai Allah. 

Mengikut Syarak

Hakikatnya, penganjuran rumah terbuka masih merupakan medium terbaik kepada tetamu khususnya ahli keluarga baru mengenali generasi sebelumnya. 

Dan menganjurkan rumah terbuka dengan niat mengeratkan hubungan adalah amalan yang baik dengan syarat semua aspek perlulah diberi perhatian khususnya yang berkaitan tuntutan syarak. 

Berusahalah memberikan layanan yang baik kepada semua yang sudi meluangkan masa hadir ke rumah terbuka kita. 

Firman Allah swt :

"Katakanlah hai hambaKu yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu. Orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi hasanah (kebaikan). Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Surah Az-Zumar ayat 10)


 Salam sayang,

Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact :
013-313.0901 (Mardhiah)

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Tips Vision Board Yang Terbaik

5 Tips Bisnes Online Tahun 2023