4 Aktiviti Mudah Yang Anda Boleh Cuba Untuk Gaya Hidup Sihat
Assalamualaikum.
Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kalau tiada keinginan, memang banyak la alasannya kan.
Ok takpe, kali ni saya nak share 4 AKTIVITI MUDAH yang korang boleh cuba untuk gaya hidup sihat. So, dah takde alasan lagi lepas ni. Jom baca sampai habis.
4 AKTIVITI MUDAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT
1. Mulakan Dengan Berjalan
Tak larat nak lakukan aktiviti senaman berat? Haa, jom mula dengan perbanyakkan langkah harian kita. Aktiviti ni bukan sahaja baik untuk kesihatan, tapi juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan jika dilakukan bersama-sama. Bonding time dengan family.
Tak perlu pun berjalan jauh. Cukup sekadar pusing kawasan perumahan pun dah okay. Aktiviti yang paling mudah nak mula. Apa yang penting adalah konsistensi. Cuba cukupkan 10 ribu langkah setiap hari.
2. Makan Makanan Seimbang
Nak amalkan gaya hidup sihat ni, tak perlu pun makan salad setiap hari. Atau nak kene beli makanan-makanan sihat mahal yang lain.
Amalkan cara Pinggan Sihat Malaysia dengan panduan suku suku separuh. Yang penting, semua nutrisi cukup dengan portion yang betul. Boleh cuba mula dengan ini dulu okey.
3. Dapatkan Tidur Yang Cukup
Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit.
Cuba tetapkan waktu tidur yang konsisten setiap hari. Dan tidur mengikut purata waktu yang disyorkan sesuai dengan usia anda.
Konsep tidur dalam Islam adalah yang paling baik iaitu tidur awal dan bangun pada sepertiga malam untuk melakukan ibadah. Kemudian tidur pada waktu sebelum zohor atau qailullah adalah the best nap pada siang hari. Ia boleh recharge tenaga kita untuk kekal fokus sepanjang hari.
4. Buat Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Sebaiknya lakukanlah pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Antara kelebihan melakukan pemeriksaan awal :
- Mengesan tanda awal kesihatan diri
- Mencegah sebarang penyakit atau sebarang komplikasi
- Mengawal gaya hidup yang lebih baik
Itulah 4 aktiviti mudah yang korang boleh terus mula dari hari ini untuk menjaga gaya hidup yang lebih sihat. Yang penting adalah MULA dan KONSISTEN.
Semoga berjaya semua! 💪
Jangan lupa follow saya di
Facebook Page : Shaklee.Terengganu
Instagram : @kedaishakleeterengganu
Salam sayang,
Mardhiah.com
-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE?
Contact :
013-313.0901 (Mardhiah)
Comments
Post a Comment