Punca Jeragat & Cara Mengatasinya Dengan Cepat & Selamat

 Assalamualaikum

Kalau korang baru perasan ada jeragat di muka, jangan terlalu bimbang kerana jeragat bukanlah sejenis penyakit kulit. Ia adalah disebabkan peningkatan melanin dalam badan.

Sebenarnya, jeragat ni boleh juga muncul pada kawasan lain yang terdedah kepada sinaran cahaya seperti bahu dan tangan.

Walaupun jeragat tak berbahaya, tapi ia mungkin agak menjejaskan penampilan seseorang.

Untuk menyelesaikan masalah jeragat ni, saya akan kongsikan petua menghilangkan jeragat secara tradisional dan juga produk yang sesuai.

Ada juga dari cara ini dapat membantu masalah jeragat juga. InsyaAllah.

Tapi sebelum tu, saya terangkan dulu apa penyebab jeragat ini terjadi.

PUNCA-PUNCA JERAGAT

1. Sinaran UV

Sinar UV ini termasuklah dari dari matahari, lampu pendaflour, lampu halogen, dan beberapa jenis laser. Ini antara sinaran yang mencetuskan terjadinya jeragat.

2. Pencemaran Persekitaran

Zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit. Pencemaran juga menyebabkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara mengganggu pertahanan kulit. 

Kesannya, bintik hitam akan kelihatan terutamanya pada kulit wajah.

3. Faktor Keturunan - Mitos atau fakta? 

Ya, ini adalah FAKTA. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada anak. Tapi jangan risau, ia boleh dirawat melalui rawatan yang sesuai.

4. Produk Kecantikan Berbahaya

Biasa dengar produk timbang kilo kan? Bahan berbahaya yang terkandung di dalamnya menyebabkan lapisan perlindungan kulit terhakis. 

Ia menyebabkan lapisan uv terus meresap ke epidermis lebih cepat dari biasa. Akhirnya, pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.

5. Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan menyebabkan perubahan terhadap interaksi sesama hormon. Hormon yang tidak stabil juga menjadi punca jeragat.

CARA HILANGKAN JERAGAT DENGAN SELAMAT

1. Krim Jeragat

Kebanyakan krim jeragat mempunyai fungsi menghalang penghasilan melanin berlebihan, mempercepat proses pengelupasan, melarutkan zarah kulit mati dan menghentikan pembentukan pigmen.

Pastikan produk jeragat yang anda gunakan mengandungi kandungan bahan seperti berikut :-

  • Hydroquinone
  • Alfa Hidroski dan Beta Hidroski
  • Retinoid
  • Asid Salisik (BHA)
  • Niacinamide
  • Asid Kojic
Paling penting, pastikan krim jeragat yang anda gunakan lulus KKM dan bukanlah krim timbang kilo.

2. Produk Perlindungan Kulit (Sunscreen)


Sebaiknya pilihlah suscreen yang jenis SPF30 atau SPF50. Ia menapis 97% - 98% UVB untuk mencegah kesan terbakar atau sinburn pada kulit.

Manakalan sunscreen jenis UVA melindungi kulit dari cepat berkedut, kusam dan pigmentasi.

Sekadar pesanan dan peringatan mesra, ada sesetengah sunscreen tidak telap air atau wudhuk friendly. Oleh itu, perlu cuci dengan pencuci muka atau makeup remover terlebih dahulu ye.



Ini sunscreen yang saya cadangkan. YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER-SPF50 lengkap dengan UVA & UVB protection. 

Jadi, bukan sahaja menghalang sunburn, tapi juga mengelakkan berlakunya jeragat. Lengkap dan terbaik.

Boleh dapatkan di sini

3. Pencuci Muka (Cleanser)


Cuci muka dengan produk yang sesuai denga  kulit muka korang sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pencuci muka terbaik untuk mengurangkan jeragat mestilah mengandungi bahan seperti sodium ascorbyl phosphate dan tanpa paraben.

Pencuci muka denga paraben free sangat sesuai untuk korang yang ada masalah kulit sensitif kerana ia tidak mengeringkan dan tidak menyebabkan alergi.


Saya cadangkan YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER yang sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi tak perlu dah susah atau risau korang jenis kulit kering atau berminyak.

Dan cleanser ni memang dicipta khas untuk wanita asia. Kandungan yang menepati kulit untuk wanita asia macam kita ni. 

Boleh dapatkan di sini 

4. Cuka Epal (Apple Cider)


Cuka epal berfungsi sama seperti astrigen. Ia mengeluarkan minyak berlebihan pada wajah.

2 cara hilangkan jeragat dengan cuka epal.
  1. Tuangkan 1 sudu cuka epal dalam satu cawan berisi air. Kemudian, oleskan di tempat berjeragat menggunakan kapas. Selepas 10 minit, bilas dengan air suam.
  2. Teknik scrub : campurkan cuka epal dengan tepung jagung hingga menjadi pekat. Letakkan di kawasan berjeragat dan sental dengan lembut. Selepas 15-20 minit, bilas dengan air bersih.
5. Jus Lemon 

Kandungan Asid Hidroksi dalam jus lemon adalah agen pengelupasan bagi kulit berjeragat. Jenis asid ini  membuang sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel kulit yang baru.

Astrigen yang terkandung dalam jus lemon juga membantu membuang minyak berlebihan  pada kulit wajah.

Cara pudarkan jeragat dengan jus lemon :

  • Oleskan jus lemon pada kulit muka dan kawasan berjeragat dan biarkan selama 15-20 minit kemudian cuci dengan air bersih.
  • Ulang setiap hari sebelum tidur.
6. Aloe Vera


Tanaman ini memang tidak asing lagi digunakan sebagai remedi rawatan kulit. Aloe Vera memastikan kulit kekal terhidrasi. Hasilnya kulit menjadi anjal dan berseri.

Sebatian aktif aloesin dalam lidah buaya berupaya melawan pigmentasi kulit. Dari masa ke semasa, jeragat akan memudar dan akhirnya hilang secara semulajadi.


Kaedah menghilangkan jeragat boleh dilakukan melalui cara tradisional atau menggunakan produk yang sesuai.

Tips yang saya kongsikan ini tak terhad kepada kulit wajah sahaja tetapi boleh juga diaplikasika  di bahagian tubuh yang lain. 

Pastikan korang perhatikan dan alert dengan kesan sampingannya. Jika terdapat iritasi atau kesan alergi, segera hentikan dan berjumpa doktor.


Basic Set Youth Skincare sangat sesuai untuk korang yang ada masalab jeragat, jerawat, kulit kusam, tona tak sekata dll.

Lengkap dengan Cleanser, Toner, Moisturizer with SPF50 dan Night Cream.

Boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan lebih details. Klik link di bawah okey 😊


Boleh juga tekan je link kat bawah ni untuk daftar dan mulakan pembelian online.

Jangan lupa follow saya di
Facebook Page : Shaklee.Terengganu


Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact :
013-313.0901 (Mardhiah)

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Tips Vision Board Yang Terbaik

Vitamin E Untuk Kulit : Apa Fungsinya?