Kebaikan & Tips Bekerja Dari Rumah
Assalamualaikum.
Work From Home (WFH) atau Bekerja Dari Rumah (BDR) dah makin sinonim dengan kita sekarang kan. Semenjak pandemik pada 2020, kita dah makin boleh adapt dengan cara kerja baru yang lebih fleksibel ni.
Tapi, pernah tak korang dengar istilah WFHM (Work From Home Mom). Sebelum satu dunia bekerja dari rumah waktu PKP dulu, geng ibu-ibu atau suri rumah yang duduk di rumah ni dah pun berjaya jana income dengan bisnes online. Hebat kan. 👍
Kebaikan Bekerja Dari Rumah
1. Masa bekerja dapat dioptimumkan.
WFH dapat optimumkan masa bekerja yang dilakukan dalam bilik kecil tanpa perlu fikir untuk keluar lunch, pergi kerja, balik kerja. Bergerak dalam space yang kecil/sederhana sudah cukup.
Bekerja sambil breakfast/lunch pun boleh dilakukan serentak dan perlukan banyak pergerakan dan penggunaan masa akan lebih optimum. Kerja juga boleh dilakukan pada bila-bila masa. Siang atau malam. Yang penting, siap!
2. Dapat Elakkan Kesesakan Lalulintas.
Lazimnya, penggunaan kenderaan sebagai kemudahan untuk kita ke pejabat/tempat kerja. Dan kita semua tahu, waktu pagi dan petang adalah waktu puncak.
Kesesakan lalulintas memang takkan mampu kita elak dan dah tentu banyak masa dihabiskan hanya di dalam kenderaan. So, WFH dapat jimatkan masa dan kos ini.
3. Masa Kerja Fleksibel.
Pengurusan masa bekerja dapat disusun dengan fleksibel di samping dapat menguruskan rumahtangga & anak-anak bersama pasangan bagi yang dan berkahwin.
Kerja juga dapat dilakukan mengikut kelapangan tanpa mengabaikan keperluan kerja harian.
4. Dapat Meluangkan Masa Bersama Keluarga.
Apabila WFH, kita dapat habiskan masa bersama keluarga, dapat beri perhatian kepada anak-anak dengan sewajarnya.
Takdelah jumpa anak waktu pagi, malam pula baru dapat jumpa balik sebab ibu bapa sibuk diluar mencari rezeki.
Hubungan kekeluargaan makin erat, dan dapat lakukan aktiviti keluarga seperti makan bersama, solat bersama tanpa mengabaikan kualiti dan kerja harian yang perlu diselesaikan.
5. Menjimatkan Kos Minyak Kenderaan & Kos Tambahan
Secara logiknya, apabila WFH, kita akan jarang menggunakan kenderaan. Jadi secara tak langsung akan mengurangkan kos minyak, kos tol dan juga kos penyelenggaraan.
Satu lagi, tak perlu lah sentiasa beli baju baru, kasut baru, beg baru, kelengkapan baru sebab nama pun kerja dari rumah kan. Di rumah sajalah kan.
Memang boleh jimat banyak! 😆
Tapi..
Dalam keseronokan bekerja dari rumah, perlu patuhi beberapa tips untuk pastikan kerja kita tak tertangguh, dan kualiti kerja tak diambil mudah.
5 Tips Bekerja Dari Rumah
1. Disiplin
Ini adalah perkara yang paling penting. Tips utama. Walaupun WFH ni lebih fleksibel, tapi percayah ia agak mencabar juga.
Sediakan jadual kerja supaya semuanya lebih tersusun.
2. Ada Bilik Khas / Ruang Kerja Khas
Walaupun kita bekerja di rumah, tapi itulah juga "pejabat" kita. Sediakan satu tempat/ruang khas untuk kita letakkan keperluan kerja kita/barang online yang kita buat.
Barulah boleh fokus waktu bekerja kan.
4. Ada Jadual dan Rutin Harian
Bila ada jadual atau tahu apa yang nak dibuat setiap hari (to-do list), insyaAllah kita dapat buat kerja dengan baik dan tersusun.
To do list ni penting untuk kita susun tugasan harian kita dengan leboh teratur dan tenang.
5. Pilih Kerja atau Bisnes Online Mudah dan Sesuai
Ada kerja/bisnes yang mudah, tapi mungkin tak sesuai dengan kita atau persekitaran kita. Jadi, penting untuk pilih bisnes yang sesuai.
Sama ada yang dah bekerja, atau suri rumah, kebanyakan masing-masing dah mula buat bisnes dari rumah untuk tambah pendapatan kan.
Jadi penting untuk kita tahu dan pilih bisnes apa yang sesuai untuk kita.
Untuk korang yang masih mencari Bisnes Online tanpa modal yang besar dan risiko yang rendah, boleh cuba bisnes Shaklee.
Macam saya sekarang, Alhamdulillah masih menjadikan Shaklee sebagai pilihan bisnes saya. Mudah, dan sangat fleksibel.
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment