Tips Travel ke Pulau Bersama Kanak-Kanak
Assalamualaikum.
Teringin nak pergi pulau. Tapi ada anak yang buat korang fikir berkali-kali boleh ke travel dengan anak yang baru nak membesar ni? Jangan fikir sangat, sebenarnya ia taklah sesukar yang difikirkan.
Best kan kalau boleh jalan-jalan di pulau dengan yang tersayang. Feel travel time bujang dan travel dengan pasangan dan anak-anak ni lain tau.
Walaupun mungkin kadang tak smooth seperti yang dirancang tapi percayalah ia adalah moment yang sangat indah untuk dikenang.
Jom saya kongsikan beberapa Tips Travel ke Pulau Bersama Kanak-Kanak.
Sebelum tu, ada beberapa perkara asas yang perlu korang pertimbangkan.
1. TENTUKAN PENGANGKUTAN ANDA :
Ok, saya ambil contoh ke Pulau Redang. Biasanya kita akan naik bot dari jeti. Tapi ada juga pakej yang menaiki feri. Jadi penting untuk tahu jenis pengangkutan yang korang akan naik.
Dan penting juga untuk confirmkan jenis bot/feri nanti. Ada bot yang terbuka, bot yang tertutup, bot kecil, bot besar dll.
2. TAHU JARAK PERJALANAN :
Berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke pulau? Dan pastikan korang dah ready beberapa perkara yang perlu ada sepanjang perjalanan jika ia mengambil masa yang lama.
3. KEMUDAHAN DI TEMPAT PENGINAPAN :
Jika di pulau, kebanyakan tempat penginapan adalah chalet/resort bergantung pada pulau yang anda pilih.
Pastikan korang tahu beberapa perkara tentang penginapan korang. Adakah mesra kanak-kanak, adakah jarak chalet/resort berhampiran dengan laut dll.
3. MAKANAN UNTUK ANAK :
Selalunya jika korang datang dengan pakej dari mana-mana agensi, memang akan disediakan sekali pakej makan. Namun, pastikan juga makanan untuk anak korang. Jika tak, pastikan korang buat persiapan bekal makanan untuk anak korang.
4. SEDIAKAN KIT KECEMASAN :
Bila bawa anak kecil ni, inilah benda paling penting untuk korang sentiasa standby. At least ada beberapa ubat-ubatan penting, atau barangan kecemasan asas jika ada berlaku perkara yang tidak diingini.
Tips Travel ke Pulau Bersama Kanak-Kanak
- Tahu waktu bot bergerak dari jeti. Ini penting supaya korang tak tunggu lama di jeti. Dan bila ada anak kecil ni, biasanya mereka tak boleh menunggu lama, jadi rancang betul-betul waktu yang korang perlu sampai di jeti.
- Dah naik bot, PAKAIKAN LIFE JAKET pada anak korang dengan kemas. Budak-budak kadang rimas/taknak pakai. Tapi WAJIB pakai untuk elakkan perkara yang tak diingini.
- Korang kene tahu jugak, anak korang jenis mabuk laut ke jenis cepat pening ke, dsb. Sebab bila naik bot di tengah-tengah laut, memang akan kuat bergoyang. So, standby siap-siap apa yang patut cthnya air ke, makanan ke, ubat/minyak ke. Dan pastikan korang letak di tempat yang mudah dicapai.
- Untuk lakukan aktiviti seperti mandi laut, snorkeling, hiking dll, pantau anak dengan ketat. Bawa juga air mineral dan sedikit makanan semasa pergi melakukan aktiviti. Plastik juga boleh bawa untuk standby kalau ada anak yang pening/muntah.
- Selepas selesai aktiviti, biarkan anak dapat rehat yang cukup, tidur yang cukup, dan makan yang cukup. Parents perlu aware dengan mood anak untuk jadikan percutian menyeronokkan.
- Pakaikan juga sunscreen pada anak korang. Bukan parents je perlu pakai, anak-anak pun perlu pakai tau. Dan pastikan sunscreen yang korang nak pakaikan pada anak sesuai dengan kulit mereka.
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment