Posts

CoQ10 (Coenzyme Q10) : Manfaat Kesihatan & Kesan Sampingan

Image
 Assalamualaikum. Coenzyme Q10 (CoQ10) ialah nutrien yang berlaku secara semulajadi di dalam badan kita. CoQ10 juga terdapat dalam banyak makanan yang kita makan. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan, yang melindungi sel daripada kerosakan dan memainkan peranan penting dalam metabolisme kita. APA MANFAAT COQ10? Walaupun CoQ10 memainkan peranan penting dalam badan, kebanyakan dari kita yang sihat mempunyai CoQ10 yang mencukupi secara semulajadi. CoQ10 telah digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Antaranya, terdapat bukti dan kajian bahawa supplement CoQ10 boleh membantu menurunkan tekanan darah . Dan beberapa kajian dan bukti awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu mencegah atau merawat sakit otot, masalah hati berbanding mengambil ubat kolestrol jenis statin. Kajian awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 dapat melambatkan tetapi tidak menghentikan perkembangan penyakit Alzheimer . Namun perlukan kajian tambahan untuk masalah ini. CoQ10 juga telah dikaji sebagai raw

Vitamin E Untuk Kulit : Apa Fungsinya?

Image
 Assalamualaikum. Vitamin, mineral dan bahan botani disebut sebagai kuasa pelembap yang menjadikan kulit licin, anjal, dan berseri. Vitamin E juga biasanya disenaraikan sebahagian daripadanya. Dan ada juga yang consume Vitamin E ni sebagai makanan tambahan. Tetapi, adakah Vitamin E betul-betul bermanfaat untuk kesihatan kulit atau hanya sekadar trick marketing sahaja? APA ITU VITAMIN E DAN BAGAIMANA IA MEMBANTU KULIT ANDA? Vitamin E ialah vitamin larut lemak (fat soluble vitamin) yang bertindak sebagai antioksidan, membantu melindungi sel daripada kerosakan. Ia ditemui di dalam sebum (minyak kulit) kita, yang mewujudkan penghalang semulajadi untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. Jadi, permukaan kulit yang lebih berminyak seperti muka, mengandungi lebih banyak Vitamin E. Dan disebabkan orang yang mempunyai kulit muka berminyak mempunyai lebih banyak sebum, mereka juga mempunyai lebih banyak Vitamin E pada kulit mereka. Secara semula jadinya, sebum dan juga level Vitamin E pada ku

Tips Travel ke Pulau Bersama Kanak-Kanak

Image
 Assalamualaikum. Teringin nak pergi pulau. Tapi ada anak yang buat korang fikir berkali-kali boleh ke travel dengan anak yang baru nak membesar ni? Jangan fikir sangat, sebenarnya ia taklah sesukar yang difikirkan. Best kan kalau boleh jalan-jalan di pulau dengan yang tersayang. Feel travel time bujang dan travel dengan pasangan dan anak-anak ni lain tau. Walaupun mungkin kadang tak smooth seperti yang dirancang tapi percayalah ia adalah moment yang sangat indah untuk dikenang.  Jom saya kongsikan beberapa Tips Travel ke Pulau Bersama Kanak-Kanak. Sebelum tu, ada beberapa perkara asas yang perlu korang pertimbangkan. 1. TENTUKAN PENGANGKUTAN ANDA :  Ok, saya ambil contoh ke Pulau Redang. Biasanya kita akan naik bot dari jeti. Tapi ada juga pakej yang menaiki feri. Jadi penting untuk tahu jenis pengangkutan yang korang akan naik. Dan penting juga untuk confirmkan jenis bot/feri nanti. Ada bot yang terbuka, bot yang tertutup, bot kecil, bot besar dll. 2. TAHU JARAK PERJALANAN : Berapa

5 Tips Bisnes Online Tahun 2023

Image
 Assalamualaikum Keadaan ekonomi yang turun naik pasca pandemik memaksa ramai antara kita terpaksa buat 2,3 kerja untuk tambah pendapatan. Ramai yang pilih untuk mulakan bisnes online sama ada secara fulltime atau part time. Mari saya kongsikan 5 Tips Bisnes Online untuk tahun 2023 ni.  Tips Bisnes Online Tahun 2023 1. Tahu Siapa Pelanggan Anda Walau apa pun bisnes yang anda lakukan, anda WAJIB tahu siapa pelanggan anda. Kalau tak tahu, macam mana anda nak target pelanggan kan. Contoh anda jual makeup, takkan nak jual pada pakcik-pakcik kan. Mestilah target pelanggan anda, wanita yang umur 18 tahun ke atas, yang mampu beli produk anda dll. Pernah dengar Customer Avatar ? Ha, create customer avatar anda sendiri okey. 2. Selesaikan Masalah Pelanggan Anda Pastikan produk anda mampu selesaikan masalah pelanggan anda. Sebab pelanggan beli sesuatu untuk masalah mereka. So, jadilah penyelamat untuk masalah mereka. Tanya pelanggan, apa masalah mereka Sesuaikan dengan cadangan produk anda Offe

Kebaikan & Tips Bekerja Dari Rumah

Image
 Assalamualaikum. Work From Home (WFH) atau Bekerja Dari Rumah (BDR) dah makin sinonim dengan kita sekarang kan. Semenjak pandemik pada 2020, kita dah makin boleh adapt dengan cara kerja baru yang lebih fleksibel ni. Tapi, pernah tak korang dengar istilah WFHM (Work From Home Mom). Sebelum satu dunia bekerja dari rumah waktu PKP dulu, geng ibu-ibu atau suri rumah yang duduk di rumah ni dah pun berjaya jana income dengan bisnes online. Hebat kan. 👍 Kebaikan Bekerja Dari Rumah 1. Masa bekerja dapat dioptimumkan. WFH dapat optimumkan masa bekerja yang dilakukan dalam bilik kecil tanpa perlu fikir untuk keluar lunch, pergi kerja, balik kerja. Bergerak dalam space yang kecil/sederhana sudah cukup. Bekerja sambil breakfast/lunch pun boleh dilakukan serentak dan perlukan banyak pergerakan dan penggunaan masa akan lebih optimum. Kerja juga boleh dilakukan pada bila-bila masa. Siang atau malam. Yang penting, siap!  2. Dapat Elakkan Kesesakan Lalulintas. Lazimnya, penggunaan kenderaan sebagai

Punca Jeragat & Cara Mengatasinya Dengan Cepat & Selamat

Image
 Assalamualaikum Kalau korang baru perasan ada jeragat di muka, jangan terlalu bimbang kerana jeragat bukanlah sejenis penyakit kulit. Ia adalah disebabkan peningkatan melanin dalam badan. Sebenarnya, jeragat ni boleh juga muncul pada kawasan lain yang terdedah kepada sinaran cahaya seperti bahu dan tangan. Walaupun jeragat tak berbahaya, tapi ia mungkin agak menjejaskan penampilan seseorang. Untuk menyelesaikan masalah jeragat ni, saya akan kongsikan petua menghilangkan jeragat secara tradisional dan juga produk yang sesuai. Ada juga dari cara ini dapat membantu masalah jeragat juga. InsyaAllah. Tapi sebelum tu, saya terangkan dulu apa penyebab jeragat ini terjadi. PUNCA-PUNCA JERAGAT 1. Sinaran UV Sinar UV ini termasuklah dari dari matahari, lampu pendaflour, lampu halogen, dan beberapa jenis laser. Ini antara sinaran yang mencetuskan terjadinya jeragat. 2. Pencemaran Persekitaran Zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit. Pencemaran juga menyebabkan mic

4 Aktiviti Mudah Yang Anda Boleh Cuba Untuk Gaya Hidup Sihat

Image
 Assalamualaikum. Betul ke nak mulakan amalan gaya hidup sihat ni susah? Yelah, nak kene keluar modal besar beli treadmil, nak kene pergi gym, nak kene beli makanan sihat, dengan sibuk kerja lagi, urusan rumah yang tak pernah habis, waktu tak menentu, eh betul lah. Susah! Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kalau tiada keinginan, memang banyak la alasannya kan.  Ok takpe, kali ni saya nak share 4 AKTIVITI MUDAH yang korang boleh cuba untuk gaya hidup sihat. So, dah takde alasan lagi lepas ni. Jom baca sampai habis.  4 AKTIVITI MUDAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT 1. Mulakan Dengan Berjalan Tak larat nak lakukan aktiviti senaman berat? Haa, jom mula dengan perbanyakkan langkah harian kita. Aktiviti ni bukan sahaja baik untuk kesihatan, tapi juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan jika dilakukan bersama-sama. Bonding time dengan family. Tak perlu pun berjalan jauh. Cukup sekadar pusing kawasan perumahan pun dah okay. Aktiviti yang paling mudah nak mula. Apa yang penting adal