Punca Jeragat & Cara Mengatasinya Dengan Cepat & Selamat

Assalamualaikum Kalau korang baru perasan ada jeragat di muka, jangan terlalu bimbang kerana jeragat bukanlah sejenis penyakit kulit. Ia adalah disebabkan peningkatan melanin dalam badan. Sebenarnya, jeragat ni boleh juga muncul pada kawasan lain yang terdedah kepada sinaran cahaya seperti bahu dan tangan. Walaupun jeragat tak berbahaya, tapi ia mungkin agak menjejaskan penampilan seseorang. Untuk menyelesaikan masalah jeragat ni, saya akan kongsikan petua menghilangkan jeragat secara tradisional dan juga produk yang sesuai. Ada juga dari cara ini dapat membantu masalah jeragat juga. InsyaAllah. Tapi sebelum tu, saya terangkan dulu apa penyebab jeragat ini terjadi. PUNCA-PUNCA JERAGAT 1. Sinaran UV Sinar UV ini termasuklah dari dari matahari, lampu pendaflour, lampu halogen, dan beberapa jenis laser. Ini antara sinaran yang mencetuskan terjadinya jeragat. 2. Pencemaran Persekitaran Zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit. Pencemaran juga menyebabkan...