Benjolan Di Ketiak Yang Merisaukan

 Assalamualaikum

Saya sambung dengan Testimoni Shaklee ke 2 saya. Baca Testimoni Shaklee saya yang pertama di sini.

2. Benjolan di Ketiak Yang Merisaukan

Ini masalah yang saya lalui tahun ini. Bukan sekali, bukan 2 kali, tapi 3 kali masalah yang sama. Benjolan di ketiak kiri dan kanan. Kali kedua adalah yang paling teruk.

Kali pertama saya sedar ada benjolan di ketiak sebelah kiri, saya anggap biasa sahaja. Kulit jadi merah-merah, sakit bila ditekan dan agak menggangu rutin harian. Tak selesa. 

Tapi saya biarkan dan alhamdulillah, slow-slow makin surut dan ok. So, saya anggap ok sahajalah.

Tak lama selepas tu, sekali lagi ada benjolan kali kedua di sebelah kanan pula. Dan disebabkan yang pertama sebelum ni surut dalam beberapa hari, saya pun biarkan sahaja.

Tapi kali ni memang berbeza. Benjolan makin lama makin besar. Sangat sakit bila ditekan dan betul-betul menggangu. Dengan rasa tak selesa, sampai nak angkat tangan pun rasa berat.

Tak tahu kenapa, tapi waktu itu barulah terdetik rasa risau. Cuba cari info, dan banyak yang kata tak merbahaya. Agak lega, tapi kerisauan tu tetap ada. Sebab ada juga kata boleh jadi kanser juga. Nak ke klinik tiba-tiba rasa takut. Takut keputusan yang didengar nanti tak mampu saya nak terima.

Saya dah mula mencongak apa plan saya andai sesuatu terjadi pada saya. Waktu ni, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan macam mana.

Akhirnya, setelah lama bertahan, benjolan makin besar, hingga tangan dah tak boleh kepit dengan betul (boleh bayang tak), makin sakit, tangan dah mula rasa kebas-kebas, saya tekad untuk ke klinik juga. 

Jumpa doktor, doktor kata ni macam dah lama kan. Boleh dikatakan agak teruk, tapi bukanlah kanser/ketumbuhan/masalah yang berkaitan dengannya. .

Ya Allah lega sangat bila dengar. TAPI....
Benjolan dah dipenuhi dengan nanah dan jangkitan kuman. 
Doktor bagi tempoh 7 hari untuk makan antibiotik dan berdoa benjolan tu matang dan pecah sendiri atau jika tak berjaya, nak tak nak perlu ke hospital untuk lakukan pembedahan kecil untuk buang sebelum makin teruk.

Waktu ni saya terus purchase Vivix Shaklee. Sebelum ni, Vivix bukan dalam produk rutin yang saya consume setiap hari. 

Sepanjang tempoh "matang" dan menanti hari supaya benjolan tu pecah, saya consume Vivix dan Vita C tanpa miss. Bimbang juga kalau terpaksa buat operation, urusan kerja, urusan rumah, anak-anak semua akan tergendala.

Pada hari ke 5, saya rasa ada cecair dari bawah lengan. Rupanya benjolan dah pecah. Nanah tu dah bercampur darah. Kelegaan kedua, Alhamdulillah.
Saya fikir itulah yang terakhir. Tapi rupanya ada sekali lagi. 
Benjolan kali ketiga ni pun pada ketiak kanan. Tapi sebab dah lalui pengalaman sebelum ni, terus saya ambik Vivix dan Vita C. 

Benjolan kali ni sangat cepat membesar. Tapi alhamdulillah, dalam tempoh 2 hari sahaja dah tak rasa sakit, benjolan pun cepat surut

Sebenarnya, masalah ni memang wajar dirisaukan. Yelah, banyak faktor atau punca terjadinya benjolan di bawah lengan ni.

Benjolan Bawah Ketiak Bukan Punca Kanser Sahaja

Mengapa ada benjolan di bawah ketiak?

Sebenarnya ketulan/benjolan di bawah ketiak adalah perkara normal. Selalunya disebabkan kelenjar getah bening (lymph node) atau kelenjar yang membengkak di bawah ketiak.

Saiznya mungkin kecil sahaja tapi bagi sesetengah kes, ia boleh jadi sangat ketara seperti kes saya di atas. 

Jika benjolan bawah ketiak datang bersama rasa sakit pada payudara, atau ketulan pada payudara serta perubahan pada payudara ia mungkin gejala kanser payudara atau jangkitan payudara.

Inilah yang saya risaukan. Tapi kata doktor, apa pun, ia tetap perlu pada pemeriksaan lanjut dari doktor.

Punca wujudnya benjolan di bawah ketiak

1. Lipoma
Lipoma adalah tisu lemak yang biasanya terdapat pada bahagian bawah kulit dan paling kerap dijumpai pada bahagian bahu, leher dan ketiak.

Lipoma boleh digambarkan seperti gelembung getah yang terasa seperti boleh bergerak dan jarang terbentuk pada otot dan organ dalaman. 

Kebanyakan Lipoma tak perlu dirawat kecuali ia menjejaskan kehidupan harian dan doktor boleh melakukan prosedur untuk mengeluarkannya.

2. Jangkitan
Setiap individu mempunyai kelenjar getah bening pada seluruh badan yang berfungsi untuuk menyaring virus dan bakteria. Jika keadaan tubuh seseorang itu tidak baik dan terjejas, kelenjar itu mampu membengkak.

3. Keradangan Kelenjar Peluh
Ketiak akan mengeluarkan peluh dan apabila kelenjar yang mengeluarkan peluh atau folikel rambut tersumbat, bakteria boleh meresap masuk.

Keadaan itu boleh menyebabkan penghasilan sista (cyst) yang kemudiannya pecah dan menjangkiti lebih banyak folikel.

4. Penyakit Calar Kucing
Ramai yang tak pernah dengar tentang penyakit calar kucing. Siapa sangka, cakaran pada kucing juga boleb menyebabkan benjolan pada ketiak. 

Menurut portal Medline Plus, kebanyakan kucing boleh membawa bakteria Bartonella henselae, yang merebak melalui calar akibat cakaran. Jika bakteria tersebut meresap ke dalam kulit, ia boleh menyebabkan jangkitan dan akibatnya, kelenjar limfa pada ketiak boleh membengkak.

5. Sista / Cyst
Sista / cyst boleh berlaku jika seseorang itu kerap mencukur bulu ketiak. Kerengsaan yang terjadi pada kulit dan folikel rambut boleh menyebabkan berlakunya benjolan dan mungkin akan menyebabkan kesakitan. 

6. Jangkitan payudara
Jika anda menyusukan bayi, pasti pernah dengar tentang mestitis - keradangan pada tisu payudara.

Jika mengalaminya, anda akan merasa bengkak, sakit dan benjolan pada payudara. Tetapi jangkitan itu juga mengakibatkan kelenjar di ketiak membengkak.

TETAPI, jika anda tidak menyusu badan tetapi mengalami jangkitan seperti ini, dapatkan rawatan doktor segera.

Antara cara saya :
  1. Tuam dengan air suam di tempat benjolan
  2. Ambil Vitamin C untuk elakkan demam dan keradangan
  3. Ambil Vivix sebagai antioksidan terbaik
Vivix - Antioksidan Terbaik


Vivix adalah supplement yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioksidan. Vivix merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Kandungan Vivix Shaklee :
  • Purple Carrot
  • Muscadine Grapes
  • European Eldeberry
  • Japanese Knotweed
Di dalam tumbuh-tumbuhan di atas terdapat campuran 16 jenis polifenol dan salah satu bahan utamanya adalah Resveratrol yang mempunyai antioksidan yang jauh lebih tinggi.

Kebaikan Vivix pada tubuh :

1. Bertindak sebagai anti-radang
2. Membantu membaiki dan melindungi sel badan
3. Menyokong kesihatan menyeluruh
4. Mempercepat penyembuhan luka

Cara makan Vivix

Bergantung pada tujuan pengambilan sama ada untuk penyembuhan atau mantain kesihatan yang baik.

BERITA BAIK. VIVIX ON PROMO!

Berita baik untuk bulan ini. Promosi Vivix menarik dan jimat sepanjang bulan ini.


Promo ResV-Vix off 5% dan 0% EzyPay Instalment Plant for 6 months. (With Maybank Credit Card)


Promo trio Vivix off 10% dan 0% EzyPay Instalment Plant for 6 months. (With Maybank Credit Card)

Promo Vivix + Omega Guard dan 0% EzyPay Instalment Plan for 6 months. (With Maybank Credit Card)

********************

Boleh hubungi saya untuk saya guide dan dapat lebih details tentang Vivix Shaklee. Klik link di bawah okey 😊


Boleh juga tekan je link kat bawah ni untuk daftar dan mulakan pembelian online.

Jangan lupa follow saya di
Facebook Page : Shaklee.Terengganu


Salam sayang,
Mardhiah.com

-----------------------------------------
Ingin jana pendapatan bersama SHAKLEE? 
Contact :
013-313.0901 (Mardhiah)

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Mudah Capai Rank Supervisor Shaklee

Tips Vision Board Yang Terbaik

5 Tips Bisnes Online Tahun 2023